Info Bestari
Valentine’s Day atau memperingati Hari Kekasih bukan budaya Islam. Sambutan ini diraikan oleh masyarakat Rom sebelum abad ke 17 sebagai hari mencintai Tuhan atau patung pujaan mereka pada tarikh 14 Februari setiap tahun. Mereka mengadakan sambutan besar-besaran dengan menyembelih anjing dan kambing betina, darahnya dilumur pada tubuh dua pemuda dan kemudiannya dibasuh dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.
Ketika perarakan berlangsung, pemuda tersebut memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan mencalitkan darah tersebut kepada sesiapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis Rom amat gembira jika mereka dicalit oleh pemuda tersebut, kerana mereka percaya tidak akan mandul dan boleh mengandung.
Sumber: Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 4
p/s; I'm taking Tasawwur Islam as additional option, so many infos I've read from this text book:)
